Presiden Jerman Christian_Wulff

Christian Wulff dipilih sebagai Presiden Jerman pada 30 Jun 2010 setelah menang 625 daripada 1.242 suara dalam pungutan suara ketiga di Konvensyen Persekutuan . Dia adalah Presiden Jerman termuda (51 tahun) dan Presiden Katolik Rom pertama lebih 40 tahun. (terakhir ialah Presiden Heinrich Lübke ). Wullf akan dilantik pada 2 Julai 2010 di depan Bundestag dan Bundesrat Jerman.

Pesaing utamanya dalam pilihanraya itu ialah Joachim Gauck seorang aktivis dari Jerman Timur dan bekas Pengerusi Federal Arkib STASI . Gauck dicalonkan oleh pembangkang SPD dan Hijau sebagai calon presiden mereka pada tarikh 3 Jun.

Wulff digantikan sebagai Perdana Menteri Niedersachsen oleh David McAllister . Pencalonan Wulff sebagai Presiden Jerman disahkan oleh Angela Merkel , Guido Westerwelle dan Horst Seehofer , ketua CDU , FDP dan pihak CSU pada malam hari 3 Jun 2010.